Wednesday, October 23, 2024
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Keluarga 52 agih daging korban bantu golongan anak yatim

    Oleh Fadley Faisal –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 JUN – Keluarga besar Haji Ali yang lebih dikenali dengan nama ‘Keluarga 52’ telah menganjurkan satu majlis pengagihan daging korban bagi dua ekor kerbau yang telah disembelih, pagi tadi di Rumah 52 Baitul Sejahtera untuk diagih-agihkan kepada golongan yang memerlukan.

    Pada tahun ini, pengagihan daging korban diberikan kepada beberapa orang anak yatim antaranya 40 anak yatim dari Sekolah Menengah Berakas, 10 anak yatim dari Sekolah Menengah Saiyidina Abu Bakar, dan enam anak yatim dari Kampung Sungai Tilong.

    Maklumat mengenai golongan anak-anak yatim yang memerlukan bantuan telah didapatkan daripada pihak pengetua sekolah masing-masing dan juga daripada ketua kampung bagi memastikan agihan tersebut disampaikan kepada mereka yang paling memerlukan.

    Salah seorang ahli Keluarga 52, Haji Aminuddin bin Haji Mohd Ali, menekankan motif utama acara tersebut adalah semata-mata untuk meraih pahala dan keberkatan daripada Allah SWT.

    Kata-kata beliau mencerminkan komitmen keluarga tersebut yang berbelas kasihan dan bermurah hati terhadap golongan yang memerlukan khasnya di negara ini.

    Acara tersebut bukan sahaja menyediakan sokongan penting kepada golongan anak-anak yatim tetapi juga mengeratkan hubungan keluarga, apabila mereka berkumpul untuk berkongsi kegembiraan dan meraih keberkatan serta ganjaran pahala daripada Allah SWT.

    Ahli Keluarga 52 bergambar ramai dengan para penerima agihan daging korban. – GAMBAR OLEH FADLEY FAISAL
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda