Wednesday, September 18, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Keluarga anak damit ambil tindakan undang-undang

    KOTA BHARU, 11 SEPT – Keluarga anak damit lelaki yang meninggal dunia selepas didapati tidak sedarkan diri setelah diberikan susu oleh jururawat, bercadang mengambil tindakan undang-undang ke atas pusat jagaan berpantang itu sekiranya terdapat unsur kecuaian dan dera ke atas anak damit mereka. Bapa anak damit itu berkata, anaknya dihantar ke pusat berkenaan beberapa hari selepas dilahirkan.

    “Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup di pusat jagaan itu, saya merasakan ada sesuatu yang tidak kena, namun saya serahkan kepada pihak polis untuk lakukan siasatan secara adil dan saksama.

    “..dia dilahirkan dalam keadaan sihat di Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian 11 Ogos lepas,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya dekat Taman Desa Kujid, hari ini.

    Pagi tadi polis menahan reman seorang jururawat sebuah pusat jagaan berpantang selama tujuh hari bagi membantu siasatan berkaitan kes pengabaian sehingga menyebabkan kematian seorang bayi berusia sebulan, semalam, dan difahamkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001. – Bernama

    Gambar bertarikh 11 September 2024 menunjukkan seorang jururawat di sebuah pusat jagaan berpantang direman tujuh hari bagi membantu siasatan berkaitan kes pengabaian sehingga menyebabkan kematian seorang anak damit berusia sebulan. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda