Gara-gara lama menetap di Malaysia sejak COVID, keluarga YouTuber sensasi Atta Halilintar didakwa mengikuti ajaran sesat, Darul Arqam.
Khabar angin itu disebabkan orang tua selebriti itu masih belum merancang untuk pulang ke negara mereka biarpun pandemik sudah berakhir.
Enggan berdiam diri, suami kepada Aurel Hermansyah ini tampil menafikan khabar angin tersebut.
“Kalau tentang itu saya tidak tahu kerana dari kecil yang diajar dengan perkara yang baik-baik.
“Mengasihi orang, mengasihi keluarga, orang tua, budi pekerti dan etika dalam hidup. Tak tahu ajaran yang tidak baik itu dari mana,” ujarnya menerusi YouTube Intens Investigasi.
Sementara itu, bercakap tentang keluarga yang belum bertemu anak sulungnya Ameena, Atta berkata mereka masih belum ada masa yang sesuai.
Katanya dia masih mencari waktu yang sesuai untuk berkumpul bersama keluarga besar mereka.
Keluarga Gen Halilintar memang sudah lama meninggalkan Indonesia. Setidaknya sejak pandemik COVID muncul pada tahun 2020.
Untuk rekod, Pergerakan Al-Arqam diasaskan Ashaari pada 1968 telah diharamkan kerajaan Malaysia pada 1994 atas alasan ajarannya didapati menyeleweng. – Agensi
