Friday, October 18, 2024
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Keluarga bantah keputusan Nadia lepas hijab

    Pelakon dan personaliti media sosial, Harris Annuar sudah menasihati kakaknya iaitu Nadia Annuar susulan keputusannya untuk membuka hijab.

    Harris atau Mohammad Harris Shahrul Annuar, 30, berkata, dia dan keluarga juga tidak pernah bersetuju dengan tindakan Nadia melepaskan tudung namun sudah menjalankan tanggungjawab menasihati Nadia daripada membuat keputusan salah.

    “Ketika Nadia mengambil keputusan membuka hijab dia ada memberitahu kami sekeluarga dan memang tidak bersetuju dengan tindakannya itu.

    “Sekurang-kurangnya kami sudah terlepas daripada dosa kerana sudah pun menasihatinya,” katanya kepada mStar.

    Harris berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis resepsi MK yang berlangsung di Hotel Wyndham Acmar, Klang semalam.

    Memperincikan teguran dibuat terhadap Nadia, Harris berkata, mereka tidak marah sebaliknya hanya membantah keputusan dibuat.

    Harris berkata, sebagai adik, dia tidak boleh memaksa Nadia kerana percaya tindakan yang diambil pasti disertakan alasan tersendiri.

    Ditanya adakah tindakan Nadia membuka hijab memberikan kesan buatnya lebih-lebih lagi dia sering mengikuti jemaah tabligh, aktor berkenaan menjelaskan perkara ini langsung tidak mempengaruhi kehidupan sehariannya. – Agensi

    Harris mendoakan yang terbaik buat Nadia. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda