LONDON, 16 SEPT – Keluarga Diraja British mengucapkan selamat hari ulang tahun keputeraan ke-40 kepada Putera Harry, lapor agensi berita Jerman, dpa.
Mesej yang dikongsi di X, dahulunya dikenali sebagai Twitter, berbunyi ringkas: “Mengucapkan selamat hari ulang tahun keputeraan ke-40 kepada Duke of Sussex hari ini!”
Kiriman itu turut disertakan dengan gambar Putera Harry yang tersenyum serta emoji kek hari jadi.
Putera Harry menyambut hari ulang tahun keputeraannya pada Ahad bersama isteri, Meghan dan cahaya mata mereka, Putera Archie serta Puteri Lilibet.
Duke of Sussex itu dikatakan akan menghadiri perhimpunan bersama rakan-rakan rapatnya. – Bernama