Tuesday, May 13, 2025
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Keluarga Franklin yang berpengaruh

    Ulasan siri TV oleh Zulkamal Haji Kamis

    Menggunakan pendekatan Soap Opera, drama terbaharu dari Amerika Syarikat ini mempamerkan satu kelainan berbanding drama-drama terbaharu yang lain kerana apa yang menarik dalam drama ini ialah ia berunsurkan politik namun disesuaikan dengan konteks kronologi yang tidak kena-mengena dengan kisah sebenar.

    Drama bertajuk The Oval atau lebih dikenali sebagai Tyler Perry’s The Oval ini diterbitkan oleh Tyler Perry malah diarahkan sendiri oleh pencipta drama tersebut. The Oval baharu sahaja disiarkan pada 23 Oktober lalu dan disiarkan dalam saluran BET. Oleh itu, bagi mereka yang menggemari genre soap opera dan politik, drama ini pasti akan dapat memuaskan hati anda.

    Berkonsepkan politik, The Oval dibintangi oleh pelakon-pelakon hebat Hollywood seperti Ed Quinn, Kron Moore, Paige Hurd, Daniel Croix dan Henderson. Selain itu juga, The Oval turut menggunakan khidmat Jay Weigel sebagai pencipta muzik dalam drama ini.

    Kronologi ringkas

    Drama terbaharu dari Amerika Syarikat, The Oval ini mengisahkan mengenai sebuah keluarga yang berjaya menempatkan diri dalam kalangan mereka yang berkuasa di Rumah Putih oleh penyokong-penyokong mereka. Selain memaparkan perjalanan dunia politik mereka, keluarga ini turut mendapat perhatian khususnya kehidupan peribadi mereka yang pelbagai terutama sekali kedua-dua anak mereka.

    Setiap hari, keluarga ini berdepan dengan pelbagai cabaran sama ada dari orang ramai, mereka yang terdekat dan banyak lagi. Dalam drama ini, turut dipaparkan pekerjaan-pekerjaan majikan keluarga Franklin di dalam rumah putih dan memperlihatkan bagaimana keluarga tersebut memberikan layanan kepada pekerja-pekerja mereka.

    Apa yang penting, drama ini memfokuskan bagaimana keluarga Franklin menjalankan tanggungjawab mereka terhadap masyarakat dan negara di bawah rumah ikonik yang dikenali sebagai White House atau Rumah Putih.

    Apakah keluarga ini berdepan cabaran yang lebih hebat, adakah mereka tidak terkawal, anda boleh saksikan drama The Oval yang disiarkan dalam saluran BET.

    Apakah keluarga ini berdepan cabaran yang lebih hebat, adakah mereka tidak terkawal, anda boleh saksikan drama The Oval yang disiarkan dalam saluran BET.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda