Friday, December 27, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Keluarga mahu mayat Emami jalani bedah siasat

    TEHRAN, 13 Feb – Anggota keluarga kepada seorang pencinta alam sekitar yang mati selepas bunuh diri di dalam penjara Iran meminta mayatnya untuk diautopsi, menurut peguam mereka hari ini, sekaligus mereka membidas sangkaan pegawai bahawa mereka telah menerima penjelasan bunuh diri itu.

    “Keluarga itu telah memohon untuk bedah siasat ke atas mayat,” kata Arash Keikhosravi, peguam bagi keluarga Iran-Kanada Kavous Seyed Emami, kepada akhbar reformis Shargh.

    Beliau berkata pejabat koroner juga telah memasukkan permintaan rutin untuk bedah siasat.

    Keluarga Emami dimaklumkan pada hari Jumaat lepas bahawa profesor terkenal dan pengasas Yayasan Warisan Hidupan Liar Parsi telah mati dalam tahanan hanya dua minggu selepas ditangkap atas tuduhan pengintipan.

    Allaedin Borujerdi, ketua jawatankuasa keselamatan dan dasar kebangsaan parlimen, berkata semalam keluarga itu telah menonton sebuah video dari penjaranya dan menerima penjelasan rasmi bahawa Emami, 63, telah membunuh diri.

    “Dalam video ini anda dapat lihat bahawa Kavous Seyed Emami sedang menanggalkan bajunya dan sedang bersedia untuk membunuh diri,” kata Borujerdi kepada agensi berita parlimen.

    “Keluarganya juga telah menerima insiden ini dan tidak meminta autopsi,” katanya.

    Bagaimanapun, peguam keluarga itu memberitahu Shargh: “Saya tidak mengesahkan kenyataan Borujerdi bahawa keluarga itu tidak meminta untuk bedah siasat.”

    Anak lelaki Emami, Ramin, seorang penyanyi terkenal, berkata di Instagram bahawa keluarga itu telah melancarkan aduan undang-undang berhubung kematian ayahnya.

    “Sudah tentu anda bergantung pada Instagram, Telegram dan Twitter saya untuk berita rasmi yang berkaitan dengan penemuan di masa hadapan. Tidak ada sumber lain yang boleh dipercayai,” katanya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda