Friday, October 18, 2024
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Keluarga Malcolm X saman polis, CIA dan FBI AS$100 juta

    WASHINGTON, 22 FEB – Keluarga aktivis hak asasi Amerika Syarikat (AS) terkenal Malcolm X akan memfailkan saman AS$100 juta terhadap Polis Bandaraya New York, CIA dan FBI kerana ‘menyembunyikan bukti’ membabitkan pembunuhannya 58 tahun lepas.

    Pengumuman itu dibuat pada sidang akhbar pada Selasa oleh peguam hak asasi, Ben Crump serta anak perempuan Malcolm X, Qubilah Shabazz dan Ilyasah Shabazz di Pusat Memorial dan Pendidikan Malcolm X dan Dr Betty Shabazz, menurut agensi Anadolu.

    “Kami juga akan mendapatkan keadilan untuk lelaki muda – baru berusia 39 tahun – yang terkorban ketika memperjuangkan hak asasi manusia,” kata Ilyasah Shabazz.

    Shahbaz menuduh agensi persekutuan dan tempatan New York senjaga menyembunyikan bukti konspirasi dan perancangan untuk membunuh Malcolm X.

    Crump berkata anak perempuan Malcolm X berhak mengetahui semua fakta tentang kematian bapa mereka.

    “Atas ketidakadilan yang teruk ini, kami akan memfailkan saman terhadap entiti kerajaan sebanyak AS$100 juta bagi pihak anak perempuannya,” kata Crump.

    Malcolm X dibunuh semasa memberi ucapan di Harlem pada 21 Februari 1965. – Bernama

    Ilyasah Shabazz, anak perempuan Malcolm X (dua kanan), bercakap semasa sidang media di Pusat Memorial dan Pendidikan Malcolm X dan Dr Betty Shabazz di New York pada 21 Februari. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda