Sunday, December 1, 2024
32 C
Brunei

    Berita Terkini

    Keluarga mangsa banjir Kelantan mohon bantuan melaui TikTok

    KOTA BHARU, 1 DIS – Beberapa individu didapati meminta bantuan menerusi media sosial TikTok bagi menyelamatkan keluarga mereka yang terperangkap di rumah akibat banjir di Kelantan.

    Hasil tinjauan Bernama di aplikasi media sosial itu hari ini mendapati seorang pengguna TikTok dengan nama Sufia Syahida menggunakan platform tersebut selepas buntu kerana masih tidak dapat menghubungi ibunya yang berada di Pondok Gelang Mas, Meranti, Pasir Mas.

    Dalam satu hantarannya semalam, dia memaklumkan kali terakhir dapat berhubung dengan ibunya pada 7 pagi apabila ibunya yang berusia 71 tahun ingin mengharungi air bagi mendapatkan bekalan makanan dan air bersih selepas terperangkap sejak dua hari lepas.

    Berikutan itu, menerusi hantaran terbaharunya dia memaklumkan dapat berhubung dengan seorang penduduk di kawasan berkenaan yang meminta gambar ibunya itu untuk dicari di dua tempat selamat yang digunakan oleh mangsa banjir berkumpul.

    Sufia Syahida berkata individu berkenaan yang berhubung dengannya juga menerusi TikTok akan cuba ke kawasan selamat berkenaan hari ini untuk cuba mencari ibunya.

    “Kalau jumpa (ibu) dia akan maklumkan dan minta sesiapa ambilkan ibu saya keluar tapi arus deras dan dalam. Dan katanya lagi beras ada cuma kehabisan lauk, terpaksa catu makanan. Dia kata tiada lagi apa-apa bantuan masuk ke sana,” katanya. – Bernama

    Keadaan terkini Kampung Meranti yang ditenggelami banjir, berikutan hujan berterusan sejak beberapa hari lepas. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda