Friday, October 4, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Keluarga mangsa kebakaran bas berkabung

    THAILAND, 3 OKT – Ibu bapa mangsa hari ini berkabung meletakkan bunga dan mainan di atas keranda 20 kanak-kanak berserta tiga guru yang terkorban dalam kebakaran sebuah bas sekolah Thai.

    Manakala ahli keluarga yang lainnya berpakaian serba hitam turut berkumpul di dewan perhimpunan sekolah Wat Khao Phraya Sangkharam di wilayah utara Uthai Thani.

    Kebanyakan saudara mara mereka trauma untuk bercakap dengan wartawan.

    Nattawin Tongyoy, seorang wartawan stesen televisyen Thairath, juga kehilangan seorang sepupu dalam kebakaran itu.

    “Saya seorang wartawan, saya tidak pernah terfikir berita sebegini akan berlaku kepada sepupu saya suatu hari nanti,” katanya kepada Thairath.

    “Mereka hanya kanak-kanak, tidak mungkin mereka dapat melarikan diri,” tambahnya.

    Polis telah menahan pemandu bas itu kerana disyaki cuai dalam pemanduan menyebabkan kemalangan dan kematian yang berlaku di lebuh raya di pinggir bandar utara Bangkok Selasa lalu.

    Mereka juga sedang menyiasat sama ada tangki gas yang mengisi bahan api bas memainkan peranan dalam kebakaran itu. – AFP

    Ahli keluarga mangsa berkabung di Sekolah Wat Khao Phraya Sangkharam di Uthai Thani pada 3 Oktober. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda