Tuesday, October 15, 2024
28.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Keluarga mangsa nahas Lion Air kritik Boeing

    JAKARTA, 6 Mei – Keluarga mangsa nahas Lion Air Indonesia hari ini mengkritik Boeing atas pengakuannya bahawa jurutera telah pun mengenalpasti gangguan sistem keselamatan sebelum kemalangan maut yang berlaku, dalam tamparan terbaharu kepada reputasi pembuat pesawat itu.

    Boeing semalam mengatakan jurutera mendapati isu amaran keselamatan pada pesawat 737 Max dalam 2017, setahun sebelum nahas maut di Indonesia yang membunuh 189 orang.

    Menurut Boeing, satu peralatan standard yang sepatutnya memberitahu juruterbang mengenai percanggahan antara indikator angle of attack (AOA) – yang mengukur sudut pesawat apabila ke udara untuk memberi amaran keadaan pegun yang akan berlaku – tidak diaktifkan kecuali indikator pilihan tambahan dibeli oleh syarikat itu.

    Kedua-dua pesawat Lion Air atau Ethiopian Airlines yang terhempas dan membunuh 157 orang, tidak mempunyai ciri-ciri tersebut.

    “Itu satu kecuaian daripada Boeing berhubung sistem AOA,” kata Evi Samsul Komar, yang anak lelaki dan anak saudaranya berada dalam pesawat yang terhempas itu.

    “Boeing perlu lebih berhati-hati,” katanya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda