Saturday, December 21, 2024
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Keluarga mangsa tuntut pembunuh dihantar ke Malaysia

    KUALA LUMPUR, 14 OKT – Keluarga penterjemah Mongolia yang dibunuh di Malaysia 18 tahun lalu meminta kerajaan Malaysia hari ini supaya salah seorang pembunuh yang telah melarikan diri ke Australia dipulangkan ke negara asalnya untuk menerima hukuman.

    Altantuya Shaariibuu, 28, ditembak pada 2006 dan mayatnya diletupkan dengan bahan letupan gred tentera berhampiran Kuala Lumpur. Dua bekas pegawai polis yang menjadi pengawal peribadi kepada menteri pertahanan ketika itu Najib Razak iaitu Perdana Menteri Malaysia dari 2009 hingga 2018, disabitkan dengan pembunuhannya.

    Peguam yang bertindak untuk keluarga Altantuya berkata peguam Malaysia perlu meminta penghantaran balik Sirul Azhar Umar, yang melarikan diri ke Australia pada 2015 dan ditahan dalam tahanan imigresen sehingga dibebaskan November lalu.

    Permintaan itu susulan kejayaan rayuan seorang lagi pengawal peribadi yang disabitkan dengan pembunuhan Altantuya, Azilah Hadri, terhadap hukuman matinya.

    Mahkamah persekutuan Malaysia telah meringankan hukuman Azilah kepada 40 tahun penjara.

    Malaysia telah menghapuskan hukuman mati mandatori bagi jenayah seperti pembunuhan tahun lalu, sebaliknya memberikan budi bicara kepada hakim untuk menjatuhkan hukuman yang lebih ringan.

    Bagaimanapun, Australia tidak menjalankan penghantaran balik ke negara yang dikenakan hukuman mati dan Sangeet Kaur Deo, seorang peguam yang bertindak untuk keluarga Altantuya, berkata kini tiada alasan untuk penangguhan selanjutnya.

    “Peguam negara digesa bertindak cepat dan tegas dalam memastikan Sirul kembali segera untuk menghadapi hukumannya,” kata Sangeet dalam satu kenyataan. – AFP

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda