Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Keluarga mangsa ubat batuk tercemar saman kerajaan

    JAKARTA, 1 DIS – Lebih 10 keluarga di Indonesia yang saudara mereka meninggal dunia atau cedera selepas mengambil ubat batuk tercemar, telah menyaman kerajaan dan syarikat-syarikat yang dituduh membekalkan produk berkenaan, menurut satu tuntutan mahkamah.

    Negara itu telah menyaksikan peningkatan kes-kes kecederaan buah pinggang akut sejak Ogos, dengan kematian sekurang-kurangnya 199 orang, kebanyakannya kanak-kanak, mencetuskan siasatan dan pengharaman ke atas penjualan beberapa ubat cecair.

    Tuntutan mahkamah berkenaan menyasarkan kementerian kesihatan, agensi makanan dan ubat-ubatan negara itu serta tujuh buah syarikat yang terbabit dalam penjualan ubat batuk sirap yang mengandungi jumlah berlebihan dua sebatian yang digunakan dalam produk-produk perindustrian seperti anti sejuk beku.

    Awan Puryadi, wakil perundangan keluarga-keluarga mangsa, memberitahu AFP bahawa mereka mengambil tindakan itu kerana pihak berkuasa gagal mencegah penjualan ubat-ubatan berbahaya dan kemudian kematian atau kecederaan kanak-kanak.

    “Tiada yang mengaku bertanggungjawab. Mereka sangat kecewa dengan situasi semasa,” Puryadi berkata hari ini mengenai tuntutan mahkamah tersebut, yang difailkan pada 18 November.

    “Kami menuntut pembekal-pembekal ubat, farmasi, BPOM (agensi makanan dan ubat-ubatan) dan kementerian kesihatan bertanggungjawab.”

    Keluarga-keluarga berkenaan menuntut pampasan sekitar 2 bilion rupiah (AS$127,049) bagi setiap orang yang meninggal dunia dan kira-kira 1 bilion rupiah (AS$63,524) bagi setiap orang yang cedera, peguam tersebut berkata.

    Dua buah keluarga yang tersenarai dalam tuntutan itu membuat tindakan undang-undang bagi pihak 12 buah keluarga, katanya, menambah bahawa lebih ramai mungkin ikut serta pada masa hadapan. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China kecewa AS guna veto halang Palestin anggotai PBB

    BEIJING, 19 APRIL - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) gagal meluluskan draf resolusi untuk menerima Palestin sebagai anggota rasmi Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)...