Saturday, March 15, 2025
31.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Keluarga penunggang motosikal British saman k’jaan AS

    WASHINGTON, 30 OKT – Keluarga penunggang motosikal yang terbunuh dalam nahas membabitkan isteri seorang diplomat Amerika Syarikat (AS), mengumumkan tindakan saman ke atas pentadbiran Presiden Donald Trump kerana didakwa menyembunyikan kejadian itu.

    Harry Dunn, 19, meninggal dunia pada 19 Ogos lalu apabila motosikal dinaiki bertembung dengan kereta dipandu isteri diplomat berkenaan.

    Dalam satu kenyataan dikeluarkan para peguam dan dilaporkan media AS, Anne Sacoolas mengaku memandu kereta ketika kejadian.

    Beliau meninggalkan Britain selepas menuntut imuniti diplomatik sebelum sempat disoal oleh polis.

    Ibu bapa Harry, Charlotte Charles dan Tim Dunn menggesa pentadbiran Donald Trump untuk mengekstradisi Sacoolas ke Britain namun tidak berjaya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda