Monday, January 13, 2025
33.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Keluarga Ricketts tolak semua bentuk kebencian

    LONDON, 23 MAC – Keluarga Ricketts menegaskan mereka menolak semua bentuk kebencian selepas penyokong Chelsea dan bekas pemain menyuarakan kebimbangan mengenai bidaan yang dibuat oleh pemilik Chicago Cubs untuk membeli kelab Liga Perdana Inggeris (EPL).

    Keluarga itu adalah salah satu daripada pihak yang meluahkan minat untuk mengambil alih daripada jutawan Rusia, Roman Abramovich, yang terpaksa menjual kelab juara Eropah selepas pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.

    Ketua keluarga, Joe Ricketts, yang tidak terlibat dalam bidaan keluarga itu untuk kelab London, didakwa Islam fobia pada 2019, selepas siri hantaran e-mel yang bocor.

    Keluarga itu menjauhkan diri daripada dakwaan tersebut.

    “Keluarga kami menolak semua bentuk kebencian,” kata keluarga Ricketts dalam kenyataan.

    “Perkauman dan Islam fobia tiada tempat dalam masyarakat kita.

    “Kami telah membina rakan kongsi yang erat dengan komuniti Islam di Chicago, dan keseluruhan komuniti daripada semua kaum.

    “Menghormati kepelbagaian dan rangkuman adalah pusat bagi nilai keluarga kami. Jika kami berjaya dalam bidaan kami untuk Chelsea, kami komited kepada kelab dan peminat bahawa kami secara aktif akan mempromosikan nilai-nilai ini.”

    Joe Ricketts menyifatkan orang Islam sebagai ‘musuhnya’ dalam e-mel yang dihantar tiga tahun lalu. – AFP

    Pengerusi Chicago Cubs, Tom Ricketts semasa sesi sidang media. Keluarga Ricketts berkata mereka menolak semua bentuk kebencian selepas penyokong dan bekas pemain Chelsea meluahkan kebimbangan mengenai bidaan untuk membeli Chelsea.- AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda