BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Mei – Keluarga Usrah Sa’eedah HYT baru-baru ini telah mengadakan Sambutan Hari Keluarga di Pantai Muara bagi mengeratkan silaturahim kalangan ahli keluarga.
Setiap keluarga telah dibahagikan kepada tujuh pasukan yang terdiri daripada Keluarga MN, 6669, Amazza, Kedayan Kupang, HD, HHs dan Cotton Villa.
Berbagai-bagai acara sukan dan permainan telah diungkayahkan dalam acara itu dengan senamrobik menjadi permulaan acara.
Bagi menambahkan kemeriahan sambutan itu, cabutan nombor bertuah dan pertukaran cenderahati juga diadakan.