Thursday, May 15, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Keluargaku Penyayang, Negara Gemilang’

    Oleh Yusrin Junaidi

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Mei – Sambutan Hari Keluarga Kebangsaan 2017 tahun ini, yang akan diraikan pada 7 Mei, membawa tema ‘Keluargaku Penyayang, Negara Gemilang’.

    Setiausaha Tetap di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Datin Paduka Dr. Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil menjelaskan, tema berkenaan membawa makna mengenai kepentingan mempunyai keluarga penyayang, bersatu padu, memeduli di antara satu sama lain, saling menghormati, berkomunikasi dengan baik serta memikul tanggungjawab bersama demi menjamin masa depan keluarga, masyarakat dan negara.

    Fokus sambutan tahun ini adalah untuk meningkatkan kesedaran pentingnya rasa kasih sayang di antara ahli keluarga untuk menjana kebahagiaan dan keharmonian keluarga dan rumah tangga.

    Beliau menjelaskan perkara ini ketika mempengerusikan sidang media di Dewan Citra Budaya, Bangunan KKBS yang turut dihadiri oleh Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN), Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yusof dan Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Dato Seri Setia Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Mohd Yusof.

    Ketiga-tiga mereka merupakan Setiausaha-setiausaha Bersama Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Hari Keluarga Kebangsaan 2017.

    Datin Paduka Dr. Hajah Norlila (tengah) ketika menjelaskan mengenai Sambutan Hari Keluarga Kebangsaan 2017 tahun ini, yang diraikan 7 Mei nanti.
    Datin Paduka Dr. Hajah Norlila (tengah) ketika menjelaskan mengenai Sambutan Hari Keluarga Kebangsaan 2017 tahun ini, yang diraikan 7 Mei nanti.

    Datin Paduka Dr. Hajah Norlila kemudiannya juga menjelaskan mengenai format sambutan tahun ini yang menurutnya diadakan berasaskan kluster-kluster tertentu iaitu melalui acara-acara di bawah kluster keagamaan; kluster kemasyarakatan serta kluster riadah dan sukan.

    “Seperti lazimnya, Sambutan HKK akan dimulai dengan Majlis Kesyukuran iaitu Sembahyang Fardu Maghrib dan Isyak berjemaah, Membaca Surah Yasin, Tahlil dan Doa Khas Hari Keluarga Kebangsaan (HKK) pada hari Sabtu (malam Ahad) 6 Mei 2017 bermula pukul 5:45 petang.”

    Ia akan diadakan secara serentak di kesemua masjid di keempat-empat daerah dengan tumpuan di empat buah masjid utama iaitu Masjid Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Kampung Mulaut bagi Daerah Brunei dan Muara, Masjid RPN Kampung Pandan di Daerah Belait, Masjid Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel, Kampung Kiudang bagi Daerah Tutong dan Masjid RPN Kampung Rataie bagi Daerah Temburong, tambah beliau.

    Awang Abdul Mutalib pula menjelaskan, acara Kemuncak Hari Keluarga Kebangsaan pada tahun ini akan diserikan dengan keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berserta kerabat diraja bagi bercemar duli melepaskan dan menyertai acara Riadah dan Kayuhan Keluarga Harmoni yang akan berlangsung pada 7 Mei 2017 di ibu negara.

    Sebelum memulakan acara Riadah dan Kayuhan Keluarga Harmoni, para peserta dan pengunjung dan ahli keluarga berpeluang memulakan langkah dan keceriaan hari dengan meraih keberkatan dengan mengikuti Program ‘Masjidku Makmur, Negara Berkat’ dengan menunaikan Sembahyang Fardu Subuh berjemaah dan mendengarkan Tazkirah Subuh berkaitan dengan Hari Keluarga di Masjid Omar ‘Ali Saifuddien, tambah beliau.

    Turut diadakan adalah Karnival Mudahnya Sembahyang sempena Israk dan Mikraj Peringkat Negara 1438 Hijrah bagi memeriahkan lagi acara Riadah dan Kayuhan Keluarga Harmoni.

    Dato Seri Setia Haji Abdul Aziz berkata, karnival yang diselenggarakan oleh KHEU itu diisikan dengan aktiviti dan taklimat seperti Klinik Wuduk dan Tayamum, Klinik Al-Fatihah dan Klinik Sembahyang.

    Turut hadir semasa sidang media berkenaan ialah Pemangku Ketua Operasi, Jabatan Siasatan Kawalan Lalu Lintas, DSP Hamri Aslan Haji Abu Hanifah dan Timbalan Setiausaha Agung Persekutuan Basikal, Haji Mohd Ruzaimi bin Haji Rosli.

    DSP Hamri Aslan telah menerangkan jalan-jalan utama yang akan dikawal selia menjelang berlangsungnya acara kemuncak berkenaan iaitu kawasan lampu isyarat Jalan Haji Basir (Hadapan Bangunan Bomba) dan sepanjang jalan lampu isyarat Taman Jubli, kawasan lampu isyarat Jalan Kumbang Pasang iaitu berdekatan dengan STPRI sehingga ke jalan masuk ke Sekolah St George, simpang lampu isyarat Jalan Ong Sum Ping, Jalan Menteri Besar

    menghala ke pusing keliling, Jalan Lapangan Terbang Lama menghala ke Jalan Menteri Besar, simpang lampu isyarat Jalan Pertahanan, kawasan lampu isyarat Jalan Residency/Jalan McArthur dan simpang Jalan Stadium dan Jalan Persidangan.

    Manakala itu, tempat letak kereta yang perlu dikosongkan sehari sebelum acara bermula adalah Jalan Tasek Jalan Kianggeh, Jalan Mc Arthur sepanjang Jalan Sultan Omar ‘Ali Saifuddien, Jalan Stoney, Jalan Haji Basir, Jalan Kumbang Pasang, Jalan Stadium, Jalan Pasir Berakas dan Jalan Delima.

    Selain acara Riadah dan Kayuhan Keluarga Harmoni, Majlis Perhimpunan Keluarga juga akan diadakan pada sebelah petang 7 Mei di Dewan Plenari, Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas yang akan diisi dengan Ceramah Perdana Pengukuhan Institusi Keluarga.

    Ceramah bertemakan ‘Mewujudkan Keluarga Sakinah Mawaddah Warrahmah’ berkenaan akan disampaikan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

    Acara seterusnya adalah acara ‘Anakku Kesayanganku’ iaitu penyampaian hadiah penghargaan khas kepada anak-anak damit yang lahir bermula pukul 12 tengah malam hingga 11:59 malam 7 Mei 2017 di tiga buah hospital utama sempena sambutan HKK 2017.

    Ia akan diadakan secara serentak pada 8 Mei 2017 di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS), Bandar Seri Begawan, Hospital Suri Seri Begawan Belait dan Hospital Pengiran Isteri Hajah Mariam, Temburong.

    Beberapa acara sampingan juga yang akan turut diadakan oleh semua kementerian, majlis perundingan kampung, pihak pertubuhan bukan kerajaan dan syarikat-syarikat swasta.

    Sehubungan itu, orang ramai digalakkan untuk memeriahkan Sambutan Hari Keluarga Kebangsaan pada tahun ini dengan mengadakan aktiviti-aktiviti yang difikirkan bersesuaian dan mengongsikan bersama aktiviti mereka melalui Instagram @harikeluargakebangsaan atau #hkknbd2017.

    Ini adalah untuk menyerlahkan lagi perpaduan kita senegara dalam menyambut Hari Keluarga Kebangsaan.

    Di akhir sidang media, Datin Paduka Dr. Hajah Norlila menyeru orang ramai untuk sama-sama menghadiri semua majlis-majlis yang telah diaturkan bersama ahli keluarga.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    https://old.amactechnologies.com/wp-content/bandarqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/dominoqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/pkv-games/ https://techradar.id/file/bandarqq/ https://techradar.id/file/dominoqq/ https://techradar.id/file/pkv-games/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/bandarqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/dominoqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/pkv-games/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/bandarqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/dominoqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/pkv-games/ http://files.follettcommunity.com/index.html http://files.follettcommunity.com/bandarqq/index.html http://files.follettcommunity.com/dominoqq/index.html pkv games https://portal-previsional.uct.cl/bandarqq/ https://portal-previsional.uct.cl/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/bandarqq/ https://mypds.co.id/sistem/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/pkv-games/ https://konsultansekolah.id/assets/bandarqq/ https://konsultansekolah.id/assets/dominoqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/bandarqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/bandarqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/pkv-games/ https://portal.mzuni.ac.mw/bandarqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/dominoqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/pkv-games/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/bandarqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/dominoqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/pkv-games/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/bandarqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/dominoqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/pkv-games/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/bandarqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/dominoqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/pkv-games/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/bandarqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/dominoqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/pkv-games/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/bandarqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/dominoqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/pkv-games/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/bandarqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/dominoqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/pkv-games/ https://vision-dmd.info/wp-includes/bandarqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/dominoqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/pkv-games/ https://hestiaistiviani.com/docs/bandarqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/dominoqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/pkv-games/ https://media.otoinfo.id/htdocs/bandarqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/dominoqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/pkv-games/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/bandarqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/dominoqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/pkv-games/ https://fpboreholes.co.uk/ http://media5.devm.wgt.com/index.html https://myo-seq.org/docs/bandarqq/ https://ginewstvinvestigasi.com/idn-poker/ http://asset.questex.com/index.html http://download.s-cute.com/index.html https://www.blue-pangolin.net/try/parlay/ http://videos.eu.cdn.darebusters.com/index.html http://origin-www.meiamaratonasaopaulo.com.br/index.html https://pgri.or.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://gempita.co/wp-content/bandarqq/ https://gempita.co/wp-content/dominoqq/ https://gempita.co/wp-content/pkv-games/