Sunday, March 23, 2025
22.7 C
Brunei
  • Rileks Jap

Berita Terkini

Kem bantuan Myanmar terima bantuan terakhir

MYITKYINA, MYANMAR, 20 MAC – Penghuni kem bantuan Myanmar yang kecewa menerima bantuan terakhir daripada Program Makanan Sedunia kelmarin ketika agensi PBB mula menghentikan bantuan kepada sejuta orang di negara itu kerana pembiayaan mulai surut.
 
Pemotongan bajet bantuan AS oleh Presiden Donald Trump telah menyumbang kepada “kekurangan pembiayaan penting” untuk WFP, memaksanya serta-merta membuat pemotongan besar-besaran di Myanmar, yang telah dicengkam oleh perang saudara selama empat tahun. 
 
“Saya berdoa setiap malam agar berita ini tidak benar,” kata Byar Mee, yang pada Selasa menerima bayaran terakhir bulanannya bernilai sekitar AS$50, yang beliau gunakan untuk memberi makan kepada lima ahli keluarganya.
 
“Saya berdoa kepada Tuhan agar para penderma diberkati dan dapat membantu kami semula,” katanya kepada AFP di sebuah kem di luar bandar timur laut Myitkyina.
 
“Tolonglah kami dan kasihanilah kami,” tambahnya.
 
Disebabkan pemotongan itu, WFP berkata ia hanya akan memberi makan kepada kira-kira 35,000 orang pada bulan April, sebahagian kecil daripada 15 juta orang tidak dapat memenuhi keperluan makanan harian mereka.
 
Zi Yay Tar, salah seorang memerlukan yang telah diarahkan untuk berpindah dari rumahnya akibat periuk api dan peperangan saudara selama lebih setahun.
 
Keluarganya yang terdiri daripada tujuh orang berada di kem bantuan yang dikendalikan oleh Persatuan Pembaptis Waingmaw Lisu di negeri Kachin, 40 kilometer dari sempadan dengan China.
 
“Kami bergelut kerana kami tidak mempunyai pendapatan lain,” kata lelaki berusia 32 tahun itu kepada AFP. “Program Makanan Sedunia adalah harapan terbesar kami.”
 
Ketua WFP Myanmar, Michael Dunford berkata kepada AFP minggu lalu pertubuhan itu terpaksa mengurangkan bantuan kerana penderma termasuk Amerika Syarikat sudah menarik diri.– AFP
 
Gambar bertarikh 18 Mac menunjukkan kanak-kanak pelarian berdiri di luar kem mereka, negeri Kachin, Myanmar. – AFP
 
- Advertisment -

Berita Berkaitan

Disyorkan Untuk Awda