BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Feb – SPS Innovative Enterprise iaitu jawatankuasa pengelola dan penganjur bagi kejohanan golf profesional, Richard Mille Brunei Championships 2018 telah mengadakan kem golf selama tiga hari untuk peserta Brunei di The Empire Hotel & Country Club bermula kelmarin sehingga 21 Februari ini.
Kem golf tersebut bertujuan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan serta meningkatkan prestasi keseluruhan peserta tempatan dalam kejohanan tersebut.
Sementara itu, seorang tenaga pengajar golf profesional, Apinai Wannapairote telah diterbangkan dari Bangkok, Thailand bagi menilai prestasi para pemain serta memberi tunjuk ajar kepada mereka sebelum kejohanan itu bermula pada 7 hingga 10 Mac nanti.