Monday, July 8, 2024
23.2 C
Brunei

    -

    Kem judo Malaysia capai sasaran emas

    SURABAYA, 30 JUN – Skuad judo Malaysia menutup kempen judo di Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2024 dengan kutipan tiga pingat emas tiga perak dan satu gangsa, menyaksikan kem judo Malaysia menjadi pasukan kedua terbaik pada temasya sukan berprestij itu.

    Pada hari terakhir kempen sukan tempur itu semalam, Malaysia menutup tirai dengan menyambar pingat perak menerusi acara berpasukan campuran selepas menamatkan aksi round robin di kedudukan kedua.

    Pengurus pasukan, Wan Eizalie Wan Mohamed Nor berkata prestasi yang ditampilkan skuad negara itu memuaskan kerana berjaya melepasi sasaran awal dua pingat emas ketika pertama kali menjejakkan kaki di bumi Surabaya.

    “Secara keseluruhan, pasukan judo telah menunjukkan prestasi yang sangat baik sepanjang saingan AUG 2024. Kesemua atlet masing-masing lima lelaki dan wanita berjaya membawa pulang pingat menerusi acara individu dan berpasukan.

    “Dengan barisan jurulatih kebangsaan yang dibawa bersama, ia memberikan satu suntikan semangat kepada atlet judo kita untuk beraksi dengan baik di AUG ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. – Bernama

    Gambar Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Cuaca panas di kebanyakan kawasan Jepun

    TOKYO, 7 JULAI – Jepun berdepan gelombang haba luar biasa, dengan suhu hampir mencecah 40 darjah Celsius di kawasan Tokai hingga Kanto, hari ini. Agensi...