Sunday, February 9, 2025
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kem. Kesihatan adakan majlis Doa Selamat

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 MEI – Kementerian Kesihatan petang tadi mengadakan Majlis Doa Selamat, Membaca Surah Yasin, Tahlil serta Sembahyang Fardu Maghrib dan Isyak berjemaah sempena Sambutan Hari Jururawat dan Bidan Antarabangsa Tahun 2023M/1444H yang diadakan di Masjid Sultan Sharif Ali, Sengkurong.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar.

    Majlis dimulakan dengan sembahyang fardu Maghrib dan bacaan Surah Yasin serta tahlil diikuti dengan sembahyang fardu Isyak dan Dikir Marhaban bagi meraikan saudara-saudara baru dan juga penyampaian cenderahati kepada saudara-saudara baru.

    Majlis diakhiri dengan doa khas sempena Hari Jururawat dan Bidan Antarabangsa 2023 oleh Ketua Unit Perkhidmatan Ugama Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, Haji Nor Asilin bin Haji Puting.

    Turut hadir pada majlis tersebut ialah Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan, Haji Maswadi bin Haji Mohsin; Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Pengurusan), Haji Kamarul Azam bin Haji Mohamad; Pemangku Ketua Pengarah Perkhidmatan Perubatan dan Kesihatan, Pengiran Dr Haji Khalifah bin Pengiran Haji Ismail; ketua-ketua jabatan, berserta pegawai-pegawai dan kakitangan di Kementerian Kesihatan.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham semasa menghadiri majlis tersebut.

    Antara yang turut hadir pada majlis berkenaan.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda