SAMOS, GREECE 2 NOV – Kebakaran berlaku awal pagi hari ini di kem pelarian akibat gempa bumi yang melanda pulau Samos di Greece yang membakar 15 buah khemah, kata Kementerian Migrasi.
Kebakaran bermula pada pukul 4 pagi waktu tempatan dan seramai 21 anggota bomba dengan tujuh kenderaan dikerahkan berusaha memadamkan api kebakaran selama empat jam sehingga terkawal. Tidak ada laporan kematian dan kecederaan.
Menurut angka rasmi, 4,200 orang berlindung di kem pelarian Samos di mana pada akhir September lalu, dua lagi kebakaran pernah berlaku akibat pembakaran.
Pulau Samos di Aegean selatan dilanda gempa kuat yang menggegarkan wilayah itu pada Jumaat lalu dan menyebabkan kematian dua remaja dan kerosakan teruk pada bangunan.
Kini angka kematian gempa mencecah 69 orang di Turki barat. – AFP