Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kem Pendidikan anjur bengkel tangani isu buli sesi kedua

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 SEPT – Seramai kira-kira 100 peserta dari pelbagai pihak berkepentingan, termasuk wakil daripada agensi kerajaan, sektor swasta, dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah menghadiri sesi kedua Bengkel Rangka Kerja Dasar mengenai Pendekatan Pendidikan Secara Menyeluruh bagi Mencegah dan Menangani Isu Buli yang berlangsung di Dewan Utama, Kementerian Pendidikan baru-baru ini.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan, di sini, menyatakan bengkel anjuran Kementerian Pendidikan merupakan sebagai usaha berterusan untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang selamat, berempati dan kondusif di semua institusi pendidikan.

    Bengkel dimulakan dengan sesi pengenalan yang merangkumi refleksi sesi pertama bagi menjalin semula jaringan kolaborasi pihak-pihak berkepentingan yang sedia ada. Seterusnya, fokus bengkel dialihkan kepada pembentukan rangka kerja yang dijalankan secara interaktif dan diikuti dengan sesi penyampaian plenari dan semakan rakan sebaya (peer review) untuk penambahbaikan secara menyeluruh.

    Pembangunan rangka kerja berkenaan menekankan pendekatan pendidikan yang menyeluruh dengan mencabar penyelesaian yang bersifat one-size-fits-all. Ia mengutamakan strategi yang berteraskan data dan penyelidikan, berasaskan bukti dan menggalakkan refleksi diri yang jujur, serta mengenal pasti jangkaan atau jangkaan baharu bagi memupuk budaya akauntabiliti.

    Kaedah itu akan dapat menjamin rangka kerja yang komprehensif dan meliputi semua aspek yang kritikal.

    Bengkel ditutup dengan penyataan komitmen bersama terhadap pelaksanaan rangka kerja yang telah dihasilkan.

    Sebanyak 27 soalan dikemukakan oleh sembilan kumpulan (domain) yang berasaskan model UNESCO 2020, menghasilkan sebanyak 99 cadangan dan 27 aspek keutamaan bagi rangka kerja berkenaan.

    Lima keutamaan yang dikenal pasti dari bengkel berkenaan termasuk: Mengukuhkan penglibatan pihak berkepentingan dan pendekatan seluruh negara; Meningkatkan sistem komunikasi, pelaporan, dan pemantauan data; Melabur dalam modal insan dan pembangunan profesional; Memajukan transformasi digital dan perlindungan; serta Menggalakkan budaya sekolah yang inklusif, menyokong dan selamat.

    Rangka Kerja Dasar Kebangsaan Anti-buli akan berfungsi sebagai dokumen rujukan strategik yang mengandungi cadangan tindakan yang praktikal dan kontekstual, berasaskan pendekatan Whole Education Approach.

    Rangka kerja berkenaan turut berperanan sebagai peta jalan (roadmap) yang menjadi panduan kolaborasi antara agensi dan pihak berkepentingan, bagi memastikan pelaksanaannya dapat dijalankan secara berterusan.

    Bengkel berkenaan dianjurkan oleh Pejabat Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Korporat), Kementerian Pendidikan dengan sesi pertama bengkel memberi penekanan khusus kepada taklimat berkaitan isu buli telah diadakan pada 25 Ogos lalu.

    Semua di atas: Antara suasana semasa bengkel berkenaan. – Gambar serahan Kementerian Pendidikan

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda