Thursday, September 19, 2024
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kem. Pendidikan semarak Sambutan Maulud Nabi

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 SEPT – Bagi memupuk rasa kecintaan yang mendalam terhadap junjungan besar Nabi Muhammad SAW, Kementerian Pendidikan mengadakan Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW 1446H/2024M di Dewan Utama, Bangunan Baharu Kementerian Pendidikan, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat ialah Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh.

    Majlis tersebut dikendalikan bersama Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) dan Jabatan Pengurusan Pendidik dengan tema Memelihara Akal Berpandukan Sunnah Rasulullah SAW.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan doa yang dipimpin oleh Imam Masjid Kampung Sungai Besar, Haji Hanafiah bin Haji Mahmud, diikuti dengan ceramah khas bertajuk Kecintaan Para Sahabat Terhadap Rasulullah: Bukti Kecerdasan Emosi dalam Pendidikan yang disampaikan oleh Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat II, Bahagian Kaunseling dan Kefahaman Agama (KAFA), Jabatan Hal Ehwal Syariah, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Awang Muhd Yussof bin Haji Abdul Majid.

    Majlis diakhiri dengan bacaan Dikir Marhaban yang diketuai oleh Awang Shaifulbahri bin Haji Ahmad dari IBTE Kampus Perdagangan.

    Turut hadir ialah setiausaha-setiausaha tetap, naib-naib canselor, rektor, timbalan-timbalan setiausaha tetap, ketua-ketua jabatan dan para pegawai Kementerian Pendidikan.

    Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah semasa menghadiri majlis tersebut. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    Awang Muhd Yussof semasa menyampaikan ceramah khas pada majlis tersebut. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda