Saturday, May 10, 2025
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kem. Pertahanan semarak Syawal

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 JUN – Dalam menyemarakkan lagi sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini, Kementerian Pertahanan telah menganjurkan acara seumpamanya dan diselajurkan dengan majlis penyampaian sijil dan cenderahati kepada para pesara awam, para penerima Anugerah Pekerja Cemerlang Perkhidmatan Awam (APCPA) dan Penghargaan Khas Kakitangan Perkhidmatan Awam (PKKPA) semasa Sambutan Hari Perkhidmatan Awam ke-25 tahun 2018.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis pada acara yang mengambil tempat di Dewan Plenari, Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas berkenaan ialah Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof.

    Turut hadir adalah ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif Pertahanan, pemerintah-pemerintah angkatan tentera, pengarah-pengarah awam dan tentera, komandan-komandan, pegawai-pegawai, anggota tentera dan awam serta para jemputan khas luar.

    Yang Berhormat Menteri Pertahanan Kedua dalam ucapannya pada majlis berkenaan antara lain menyeru dan mengingatkan kepada semua lapisan warga kerja Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) agar terus menghormati, menghayati, dan mengamalkan etika kerja dan disiplin yang tinggi bagi mencapai visi Perkhidmatan Awam dan ABDB serta bersama menjayakan Wawasan Brunei 2035.

    Acara pada petang tadi didahului dengan Majlis Penyampaian Sijil dan Cenderahati APCPA bagi tahun 2018 kepada empat orang kakitangan Perkhidmatan Awam Kementerian Pertahanan sebelum diteruskan dengan penyampaian PKKPA yang khusus diberikan kepada kakitangan yang menyumbangkan khidmat bakti sepanjang perkhidmatan kepada Kementerian Pertahanan dan kemudiannya diteruskan dengan Sambutan Hari Raya Aidilfitri.

    Tarikan utama sambutan tersebut adalah pondok-pondok yang dihias menurut tema oleh setiap jabatanarah dan unit, di mana tema pada tahun ini adalah ‘Evolusi Raya Kitani’ yang menampilkan peredaran zaman sambutan Hari Raya di Brunei Darussalam dari tahun 1960an.

    Sementara itu antara tarikan lainnya termasuklah pertandingan tayangan Klip Video Terbaik dan juga Pakaian Terbaik. Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri ini juga memberi peluang bagi memperkukuhkan hubungan dan mengeratkan silaturahim di kalangan semua pegawai dan kakitangan dalam semua peringkat di kementerian tersebut.

    Yang Berhormat Menteri Pertahanan Kedua ketika menyampaikan sijil dan plak kepada salah seorang penerima. – Gambar oleh Bahyiah Bakir

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda