Wednesday, April 16, 2025
25.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kem. Pertahanan terima kunjungan Menteri Pertahanan Indonesia

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 APRIL – Kementerian Pertahanan menerima lawatan rasmi daripada Menteri Pertahanan Republik Indonesia, Yang Terhormat Letnan Jenderal TNI (Purn.) Dr. Sjafrie Sjamsoeddin, hari ini.

    Lawatan itu merupakan lawatan pertama ke Negara Brunei Darussalam sejak Yang Terhormat Letnan Jenderal TNI (Purn.) Dr. Sjafrie Sjamsoeddin menjawat jawatan selaku Menteri Pertahanan Republik Indonesia.

    Sejurus tiba di Kementerian Pertahanan, Yang Terhormat Letnan Jenderal TNI (Purn.) Dr. Sjafrie Sjamsoeddin telah disambut oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof dan menerima Tabik Hormat serta memeriksa barisan Kawalan Kehormatan yang terdiri daripada anggota-anggota Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB).

    Ketibaan Yang Terhormat Letnan Jendral TNI (Purn.) Dr. Sjafrie Sjamsoeddin disambut oleh Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Halbi.
    Yang Terhormat Letnan Jendral TNI (Purn.) Dr. Sjafrie Sjamsoeddin memeriksa barisan Kawalan Kehormatan yang terdiri daripada anggota TDDB.

    Yang Terhormat Letnan Jenderal TNI (Purn.) Dr. Sjafrie Sjamsoeddin seterusnya mengadakan kunjungan muhibah kepada Yang Berhormat Pehin Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Halbi.

    Semasa kunjungan berkenaan, kedua-dua pihak menyatakan rasa puas hati terhadap hubungan pertahanan dan ketenteraan yang erat dan semakin berkembang antara kedua-dua buah negara serta menekankan kepentingan mengekalkan dan meningkatkan kerjasama yang kukuh selain turut berbincang mengenai isu-isu berkaitan keamanan dan keselamatan serantau dan global.

    Atas & Bawah: Antara suasana semasa kunjungan berkenaan
    GAMBAR-GAMBAR OLEH RAFI ROSLI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda