Tuesday, May 13, 2025
29.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kem Pertahanan terima lawatan Panglima Pasukan Pertahanan Timor Leste

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 MEI – Kementerian Pertahanan Negara Brunei Darussalam mengalu-alukan lawatan rasmi Panglima Pasukan Pertahanan Timor Leste, Tuan Yang Terutama Letnan Jenderal Domingos Raul ‘Falur Rate Laek’ hari ini.

    Sejurus tiba, TYT Letnan Jenderal Domingos Raul ‘Falur Rate Laek’ disambut oleh Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan.

    Panglima Pasukan Pertahanan Timur Leste, Yang Terutama Letnan Jendral Domingos Raul ‘Falur Rate Laek’ yang disambut Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi.

    Satu penghormatan penuh telah diberikan kepada TYT Letnan Jenderal Domingos Raul ‘Falur Rate Laek’, termasuk menerima Tabik Hormat dan seterusnya memeriksa Kawalan Kehormatan yang terdiri dari anggota Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB).

    Atas & Bawah: Yang Terutama Letnan Jendral Domingos Raul ‘Falur Rate Laek’  bersama Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi memeriksa barisan Kawalan Kehormatan.

    Kemudian TYT Letnan Jenderal Domingos Raul ‘Falur Rate Laek’ mengadakan kunjungan muhibah kepada Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi.

    Yang Terutama Letnan Jendral Domingos Raul ‘Falur Rate Laek’ mengadakan kunjungan muhibah kepada Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi.

    Semasa perjumpaan berkenaan, kedua-dua pemimpin bersetuju untuk mengukuhkan hubungan kerjasama pertahanan, khususnya melalui inisiatif latihan bersama, perkongsian kepakaran serta peluang untuk pertukaran bersama dalam latihan dan kursus untuk anggota-anggota kedua-dua Angkatan Tentera.

    Sejurus selepas perjumpaan itu, TYT Letnan Jenderal Domingos Raul ‘Falur Rate Laek’ menerima Taklimat Korporat mengenai Kementerian Pertahanan dan ABDB dan diikuti lawatan ke Muzium ABDB, yang mana menawarkan maklumat tentang sejarah, pencapaian dan tradisi tentera Brunei.

    Sepanjang lawatan rasmi dari 12 hingga 15 Mei tersebut, TYT Letnan Jenderal Domingos Raul ‘Falur Rate Laek’ dijadual melawat pelbagai unit-unit dalam ABDB seperti Institut Latihan ABDB, Akademi Pertahanan ABDB dan Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), di samping beberapa lawatan ke pusat-pusat kebudayaan dan tempat-tempat bersejarah di negara ini sekali gus menandakan satu lagi detik kejayaan dalam persahabatan yang kian berkembang antara kedua-dua negara.

    Sesi bergambar ramai semasa lawatan berkenaan. – GAMBAR-GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda