Kem Rohingya berdepan ancaman koronavirus

SITTWE, MYANMAR, 23 OGOS – Rohingya di Rakhine yang sebelum ini telah pun dilanda konflik menyatakan kebimbangan hari ini mengenai wabak koronavirus yang mungkin akan menular di kem mereka yang penuh sesak, selepas sejumlah jangkitan dilaporkan sekali gus mendorong kepada pelaksanaan perintah berkurung ibu negara itu.

Hampir 130,000 Muslim Rohingya tinggal dalam keadaan yang digambarkan oleh Amnesty International sebagai ‘apartheid’ di kem di sekitar Sittwe. Bandar ini telah mencatatkan 48 kes dalam seminggu terakhir, menjadikan lebih 10 peratus daripada sekitar 400 kes yang setakat ini didaftarkan di Myanmar.

“Kami sangat bimbang dengan virus ini kerana kita hidup dalam keadaan tidak sihat dan tidak mudah dikawal,” kata Rohingya Kyaw Kyaw.

Pihak berkuasa mengunjungi kem Thae Chaung minggu ini untuk membincangkan langkah bagi melaksanakan penjarakan fizikal dan memberikan pensanitasi tangan dan penutup mulut dan hidung – tetapi ia dilihat sangat mustahil kerana 10 keluarga biasanya tinggal dalam satu rumah.

“Tetapi jika sekatan perjalanan ini masih berpanjangan, kita akan … memerlukan pertolongan,” kata Kyaw Kyaw kepada AFP, sambil menambah bahawa semua orang kini hanya berada di kem masing-masing. Jalan-jalan di Sittwe kosong hari ini, dengan penduduk memakai penutup mulut dan hidung dilihat cuba keluar daripada kawasan itu tetapi dihalang oleh anggota keselamatan. Sekatan perjalanan semalam berlaku sejak hari Jumaat, sementara semua pengangkutan awam – termasuk penerbangan domestik – ke ibu negara ditangguhkan. – AFP

Sebuah kenderaan polis dilihat diletakkan di kawasan Sittwe tatkala seorang polis memantau pergerakan penduduk di tengah-tengah kebimbangan penularan virus di Myanmar. – AFP