Sunday, May 11, 2025
29.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kem. Tenaga akhiri majlis keagamaan di bulan Ramadan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 APRIL – Bagi menandakan berakhirnya majlis-majlis keagamaannya untuk bulan Ramadan tahun ini,

    Kementerian Tenaga, jabatan serta badan-badan berkanun di bawahnya telah mengadakan Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran di Masjid Kampung Beribi, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis yang dikendalikan oleh Bahagian Tenaga Manusia Sektor Tenaga, Unit Audit Dalaman dan Autoriti Kebangsaan Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar itu ialah Timbalan Menteri Tenaga, Dato Seri Paduka Haji Matsatejo bin Sokiaw.

    Majlis diakhiri dengan penyerahan sumbangan wakaf oleh tetamu kehormat kepada imam Masjid Kampung Beribi.

    Majlis merupakan sebahagian daripada aktiviti keagamaan tahunan kementerian yang bertujuan untuk mengeratkan lagi silaturahim antara kakitangan kementerian, jabatan dan badan-badan berkanun di bawahnya.

    Di samping itu, ia juga bertujuan untuk menggalakkan kakitangan bagi sama-sama menyempurnakan bacaan 30 juzuk Al-Quran dalam bulan Ramadan.

    Timbalan Menteri Tenaga hadir selaku tetamu kehormat pada Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran Kementerian Tenaga, jabatan serta badan-badan berkanun di bawahnya di Masjid Kampung Beribi, kelmarin.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda