Oleh Ak Zaki Kasharan BANDAR SERI BEGAWAN, 24 APRIL – Kementerian Tenaga dan jabatan serta badan-badan berkanun di bawahnya tidak ketinggalan memperingati Nuzul Al-Quran dengan majlis sambutan yang berlangsung di Dewan Teater Utama, Bangunan Jabatan Perdana Menteri, kelmarin. Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis yang dianjurkan bersama oleh Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa, Bahagian Dasar dan