Friday, October 18, 2024
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kem Tentera Darat bakal dibina di Lahad Datu

    SANDAKAN, 10 FEB – Sebuah kem Tentera Darat Malaysia (TDM) akan dibina di Felda Sahabat, Lahad Datu dengan kos RM646.15 juta dalam masa terdekat, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan.

    Beliau berkata inisiatif itu bertujuan memindahkan satu batalion infantri dan unit Briged Ke-13 Infantri sebagai usaha meningkatkan tahap keupayaan serta kesiapsiagaan TDM menangani ancaman semasa sekali gus mengukuhkan tahap keselamatan di pantai timur Sabah.

    “Rancangan kita untuk membina satu lagi briged di medan timur dan kita akan membina satu lagi kem baharu. Sekarang ada dua briged, dengan tiga briged lengkap untuk satu divisyen beroperasi,” katanya kepada pemberita selepas mengakhiri lawatan ke pantai timur Sabah hari ini.

    Mohamad berkata usaha berterusan bagi membina kesepakatan dalaman, peningkatan kesiagaan serta pengukuhan kerjasama pertahanan antara warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan penduduk tempatan dilakukan secara menyeluruh serta mampan.

    Menurutnya keberadaan pos dan kawalan tentera serta kem tentera baharu yang akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan di kawasan tersebut dilihat dapat memberikan keyakinan dan kepercayaan masyarakat kepada ATM serta negara.

    Mohamad turut meninjau Pos Kampung Tanduo, yang diwujudkan susulan insiden pencerobohan pengganas 10 tahun lepas bagi memastikan usaha kerajaan memantau anasir jahat khususnya insiden Tanduo tidak berulang. – Bernama

    Mohamad (kiri) beramah mesra dengan sebahagian anggota keselamatan yang bertugas ketika mengadakan lawatan kerja di Pos Kampung Tanduo kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda