Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Kemajuan teknologi memacu kemajuan dalam pendidikan

    Oleh Nurdiyanah R. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 MAC – Berdasarkan perkembangan semasa, kemajuan teknologi memainkan peranan yang cukup signifikan terutama sekali kepada budaya hidup dan kerja seharian, ini termasuklah dalam sektor pendidikan negara.

    Dalam menyediakan pendidikan berkualiti yang saksama dengan pengetahuan dan kemahiran abad ke-21 serta mempertingkatkan kompetensi sumber manusia ke arah work and future ready, Pelan Transformasi Digital (DTP) Kementerian Pendidikan 2023-2027 menekankan tiga bidang tumpuan iaitu teknologi pendidikan, pengurusan teknologi; dan membolehkan dasar dan infrastruktur.

    Sehubungan itu, Yang Berhormat Abdul Aziz bin Haji Hamdan bertanya, apakah usaha yang telah dan akan pihak dilaksanakan Kementerian Pendidikan dalam memastikan keupayaan dan kesediaan dari segi infrastruktur digital, kemudahan dan kapasiti serta mindset tenaga manusia termasuk para guru dan pemimpin sekolah.

    Menjawab persoalan berkenaan pada hari ke-10 Persidangan Majlis Mesyuarat Negara (MMN), hari ini, Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh berkata, bagi memastikan keupayaan dan kesediaan pihak sekolah dari segi infrastruktur digital dan kemudahan, Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi telah membekalkan sebuah komputer riba kepada setiap guru di Kementerian Pendidikan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama.

    Semua sekolah juga telah disediakan kemudahan sambungan Internet termasuklah di sekolah-sekolah pedalaman seperti Sekolah Rendah Dato Maharaja Setia Dian Sukang dan Sekolah Rendah Melilas.

    Selain itu, tambah beliau, kementeriannya juga telah membekalkan komputer riba kepada penuntut-penuntut yang kurang berkemampuan dan setakat Februari lalu, semua komputer meja dan PC di semua sekolah telah diganti dengan komputer riba.

    Menyentuh mengenai mindset tenaga manusia termasuk para guru dan pemimpin sekolah, Yang Berhormat Datin menjelaskan bahawa Akademi Kepimpinan dan Guru Brunei Darussalam (BDLTA) bersama Pusat Teknologi Pendidikan telah menyediakan latihan secara berterusan bagi mempertingkatkan kapasiti dan mindset para guru dan pemimpin sekolah dalam kemahiran dan penggunaan teknologi.

    Antaranya ialah Bengkel Penggunaan Smart Classroom bagi sekolah-sekolah yang terlibat dan latihan-latihan penerapan blended learning dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

    Kata Kunci

    Popular

    Asia Pasifik

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    Berita Berkaitan

    Sisa makanan jadi bahan utama kebun komuniti lestari

    Oleh Soon Li Wei KUALA LUMPUR, 23 NOV - Di tengah-tengah hiruk...

    Persatuan Pediatrik Brunei anjur sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia

    Oleh Yusrin Junaidi BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV- Persatuan Pediatrik...

    Kejohanan boling rai 69 tahun pendidikan ugama formal

    Oleh Yusrin Junaidi BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV - Seramai...

    3 pelajar ke Jepun dalami pengajaran bencana tsunami

    Oleh Sim Y. H. BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Nov- Sekumpulan...

    Terkini

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    TEHRAN, 23 NOV - Iran telah meminta bantuan luar...

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    TOKYO, 23 NOV - Walaupun gagal menempah slot ke...

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    DHAKA, 23 NOV - Dua gegaran kecil melanda Bangladesh...

    WHO isytihar wabak polio di Indonesia berakhir

    JAKARTA, 23 NOV - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah...