Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Kemakmuran dikecapi 2022 pacu daya tahan ekonomi Malaysia 2023

    KUALA LUMPUR, 24 FEB – Kesejahteraan yang dikecapi Malaysia pada tahun 2022 dengan hasil yang jauh lebih tinggi susulan pertumbuhan ekonomi memberangsangkan menjadi pemangkin kepada kerajaan memperuntukkan jumlah yang lebih besar dalam Belanjawan 2023, bagi memastikan ekonomi negara mampu mengharungi cabaran luar.

    Justeru, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membentangkan Belanjawan 2023 itu di Dewan Rakyat hari ini, telah mengumumkan peruntukan sejumlah RM388.1 bilion, meningkat daripada RM372.3 bilion yang dibentangkan pada Oktober 2022.

    Sejumlah RM289.1 bilion diperuntukkan untuk belanja mengurus dan RM99 bilion bagi belanja pembangunan, termasuk RM2 bilion simpanan luar jangka, katanya.

    Selaras dasar fiskal mengembang, peruntukan pembangunan ditingkatkan kepada RM97 bilion berbanding RM71.6 bilion tahun lalu.

    “Peningkatan ini adalah untuk menumpukan program membasmi kemiskinan, baik pulih prasarana awam dan kemudahan desa.

    “Dengan pembaharuan tatacara perolehan kerajaan, akan dipastikan perbelanjaan tambahan ini dimanfaatkan sepenuhnya untuk kepentingan rakyat,” kata Perdana Menteri. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...