DAKAR, 30 OGOS – Sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh dan 29 yang lain cedera apabila sebuah bas dan trak bertembung kelmarin di Mali, menurut kenyataan daripada Kementerian Pengangkutan.
Kemalangan itu berlaku sekitar jam 6 pagi di jalan utama berhampiran bandar Fana, timur ibu negara Bamako, menurut kementerian tersebut. Bas itu sedang dalam perjalanan menuju ke Bamako dari Fana, manakala trak tersebut bergerak ke arah bertentangan, kata kementerian itu tanpa memberikan butiran lanjut. Siasatan sedang dijalankan.
Kemalangan jalan raya adalah perkara biasa di negara Afrika Barat ini, di mana kebanyakannya disebabkan oleh keadaan jalan raya dan kenderaan yang usang, serta kesilapan manusia. – AFP