Sunday, May 11, 2025
25.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kemalangan bas: 3 maut, 19 cedera

    STOCKHOLM, 2 April – Para pegawai Penyelamat berkata sebuah bas yang membawa pelajar Sweden ke resort ski terlibat dalam kemalangan hari ini di tengah Sweden, membunuh tiga orang dan mencederakan 19 yang lain – enam daripadanya mengalami kecederaan parah.

    Jurucakap perkhidmatan menyelamat, Peter Nystedt berkata 31 yang lain cedera ringan. Seramai 52 pelajar sekolah menengah dalam perjalanan ke sebuah resort ski dengan tujuh orang dewasa, termasuk pemandu, apabila kemalangan itu berlaku di lebuh raya utama selatan Sveg, sebuah bandar kecil 430 kilometer (260 batu) barat laut ibu negara, Stockholm.

    Punca kemalangan masih belum diketahui tetapi kejadian itu dilaporkan terjadi ketika jalan raya dalam keadaan berais apabila kemalangan itu berlaku kira-kira 07:00 (0500 GMT). Gambar-gambar menunjukkan bas itu terbabas di sebelah dalam parit di tepi lebuh raya.

    Perdana Menteri Stefan Lofven berkata kemalangan itu “mengakibatkan saya dan seluruh negara dalam kesedihan.” – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda