LIMA, 29 JAN – Sebuah bas yang membawa 60 penumbang terjunam ke dalam gaung di barat laut Peru, mengorbankan sekurang-kurangnya 25 mangsa, lapor penyiar, RPP (Radio Programas del Peru).
Kemalangan berlaku pada awal pagi kelmarin di wilayah Talara, lebuh raya Panamericana Norte yang menghubungkan daerah El Alto dan Los Organos, lapor Sputnik. Punca sebenar tragedi masih dalam siasatan. – Bernama