Tuesday, October 1, 2024
30.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kemalangan di Guinea ragut 13 nyawa

    CONAKRY, 30 SEPT – Seramai 13 orang, termasuk enam kanak-kanak, terbunuh di Guinea apabila bas mini yang dinaiki mereka terjunam ke dalam sungai, kata pihak berkuasa semalam.

    Kemalangan yang berlaku berhampiran kawasan Kissidougou di barat daya negara itu juga menyebabkan ramai yang cedera dibawa ke hospital, menurut kenyataan kerajaan.

    “Maklumat awal yang diterima daripada pihak berkuasa tempatan menunjukkan pemandu yang mengantuk mengakibatkan kemalangan tersebut,” kata kenyataan itu.

    Kemalangan jalan raya adalah perkara biasa di negara Afrika Barat itu, disebabkan keadaan jalan raya, kenderaan lama dan pemanduan yang cuai. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda