KAHERAH, 20 APRIL – Kira-kira lapan orang terbunuh dan 25 lagi cedera kelmarin, dalam satu kemalangan jalan raya di wilayah Minya, selatan Mesir, menurut kenyataan pejabat media wilayah tersebut.
Sebuah lori telah melanggar sebuah trak pikap yang membawa pekerja dan kanak-kanak di jalan padang pasir di kampung Tuna El-Gebel, kata kenyataan itu. Kenyataan tersebut turut menggesa penduduk agar menggunakan pengangkutan yang selamat memandangkan trak pikap direka untuk mengangkut barangan, bukannya manusia.
Menurut kenyataan itu lagi, wilayah Minya telah mengambil langkah untuk menangani masalah pengangkutan sejak beberapa bulan lalu, termasuk mengharamkan penggunaan trak pikap untuk membawa penumpang di dalam bandar atau di lebuh raya, serta mengeluarkan lesen kepada van mikro. – Xinhua
