SEOUL, 22 MEI – Kemalangan besar telah berlaku semasa upacara pelancaran kapal pemusnah tentera laut baharu Korea Utara, lapor media rasmi negara itu hari ini, dengan pemimpin Kim Jong Un menyifatkan insiden tersebut sebagai ‘tindakan jenayah’.
Menurut Agensi Berita Pusat Korea (KCNA), semasa upacara pelancaran kapal pemusnah seberat 5,000 tan di bandar pelabuhan timur Chongjin kelmarin, ‘satu kemalangan serius telah berlaku’.
KCNA menyalahkan ‘kepimpinan yang tidak berpengalaman dan kecuaian operasi’ semasa pelancaran yang disaksikan oleh Kim, dan melaporkan bahawa berlaku insiden yang menyebabkan beberapa bahagian dasar kapal perang itu remuk.
Ia menyatakan bahawa kemalangan itu telah mengganggu keseimbangan kapal perang berkenaan. – AFP
