DUBAI, Emiriah Arab Bersatu, 6 Ogos – Para penyiasat berkata hari ini tiada isu mekanikal menjejaskan sebuah penerbangan Emirates sebelum ia terhempas ketika mendarat di Dubai dan terbakar tahun lepas, tatkala siasatan mereka meneruskan untuk melihat “faktor kesilapan manusia” sekitar insiden itu.
Satu laporan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Emiriah Arab Bersatu tidak menyalahkan nahas Penerbangan EK521 pada 3 Ogos 2016 yang datang dari Thiruvananthapuram, India. Seramai 300 penumpang dan krew dalam kapal terbang Boeing 777-300 tidak terkorban walaupun letupan seterusnya membunuh seorang anggota bomba di darat.
Juruterbang pesawat cuba berlepas sekali lagi selepas mendarat seketika dan telah pun mula menaikkan gear pendaratan apabila pesawat udara terhempas ke tanah.
“Siasatan berusaha mencari dan menganalisis faktor prestasi manusia yang mempengaruhi tindakan krew penerbangan ketika pendaratan,” kata laporan yang dikeluarkan hari ini.
Ia menambah: “Tidak adanya kejanggalan sistem pesawat udara atau enjin pada masa kemalangan berlaku.”

Laporan itu juga menambah jumlah mereka yang cedera akibat nahas kepada 30, berkata empat anggota krew kabin mengalami kecederaan serius. Sebelumnya, pihak berkuasa berkata nahas mencederakan 24 orang dan hanya seorang anggota krew kabin yang mengalami kecederaan serius. Laporan tidak memberikan penjelasan atas angka baru tersebut.
Kapal terbang jarak jauh Emirates, yang berpangkalan di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai di mana nahas berlaku, tidak menjawab soalan daripada The Associates Press.
Pihak berkuasa sebelum ini mengakui melihat pada ricihan angin, perubahan mendadak dalam kelajuan atau haluan angin, yang menjejas penerbangan. Cuaca juga lembap pada 48 darjah Celsius pada masa nahas. Lebih panas cuaca, lebih sukar untuk enjin menaikkan kapal terbang dari darat, kata pakar.
Nahas adalah kemalangan paling serius dalam operasi Emirates selama lebih tiga dekad. Sebuah lagi kapal terbang milik kerajaan Dubai, FlyDubai, mengalami nahas pada Mac 2016 di Rostov-on-Don, Rusia, yang membunuh kesemua 62 penumpang dalam salah sebuah jet 737-800. – AP