Thursday, March 13, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kemalangan empat bas ragut enam nyawa di Chile Utara

    SANTIAGO, 12 MAC – Kemalangan melibatkan empat bas di Chile utara meragut enam nyawa dan mencede-rakan 11 yang lain, kata pihak berkuasa kelmarin, dalam satu insiden yang dianggap sebagai ‘tragedi teruk’ oleh Presiden Gabriel Boric.

    Laporan saksi di tempat kejadian mengatakan dua bas yang rosak telah berhenti di tepi Lebuh raya Pan-Amerika sebelum matahari terbit.

    Bas ketiga merempuh dua bas pertama dan bas keempat melanggar bas ketiga, selain melanggar beberapa penumpang yang telah keluar dari bas-bas lain.

    Enam orang, termasuk pemandu bas keempat, disahkan maut, kata pegawai polis dari wilayah Coquimbo. Sebelas yang lain cedera, dua daripadanya dalam keadaan kritikal.

    Sebahagian lebuh raya tersebut masih ditutup kelmarin, menurut pihak berkuasa. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda