Saturday, July 12, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kemalangan jalan raya di Etiopia ragut 13 jiwa

    ADDIS ABABA, 16 DIS – Kemalangan jalan raya di wilayah serantau Amhara di Etiopia di bahagian utara negara itu telah mengorbankan 13 orang, kata pihak berkuasa tempatan hari ini

    Dalam satu kenyataan akhbar, Guagusa Shekudad, pegawai komunikasi tempatan di negeri serantau Amhara, berkata kemalangan jalan raya berlaku pagi hari ini apabila sebuah trak pengangkutan yang melintas di jalan raya bertembung dengan bas mini di seberang jalan, mengakibatkan sekurang-kurangnya 13 orang maut.

    Beberapa orang yang cedera dalam kemalangan jalan raya telah dihantar ke pusat perubatan terdekat untuk mendapatkan rawatan lanjut.

    Walaupun Etiopia merupakan salah sebuah negara yang memiliki kadar pemilikan kereta per kapita terendah di dunia, tetapi kemalangan jalan raya yang mengorbankan banyak nyawa merupakan satu perkara yang sering berlaku, di mana keadaan jalan raya yang teruk, kecuaian pemandu, sistem pengeluaran lesen dan penguatkuasaan undang-undang keselamatan yang lemah antara punca kejadian itu terus berlaku sehingga meragut ratusan jiwa setahun. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda