MEXICO CITY, 24 MAC – Seramai 12 orang maut dan empat lagi cedera dalam satu kemalangan jalan raya di utara Mexico kelmarin, yang turut mencetuskan kebakaran hutan sebelum berjaya dikawal, menurut pihak berkuasa.
Kemalangan berlaku apabila sebuah trak pikap yang membawa 16 penumpang terjunam ke dalam gaung sedalam 120 meter di kawasan pergunungan Santiago, negeri Nuevo Leon, kata Pengarah Perlindungan Awam Daerah, Erik Cavazos.
Menurut beliau, 11 mangsa maut di lokasi kejadian, sementara seorang kanak-kanak meninggal dunia di hospital. Empat mangsa lain yang terselamat mengalami kecederaan dan masih menerima rawatan di hospital. – AFP
