Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Kemalangan kereta ragut 8 nyawa

    TIRANA, 2 APRIL – Lapan orang termasuk tujuh pendatang disyaki, terbunuh dalam kemalangan kereta di selatan Albania hari ini selepas cuba melarikan diri daripada polis, kata pihak berkuasa.

    Kemalangan itu berlaku selepas pemandu kenderaan, warga Albania, hilang kawalan ke atas kereta berhampiran bandar Permet, selatan Albania, beberapa kilometer dari sempadan Greece.

    Pihak berkuasa berkata peronda polis cuba menahan kenderaan itu untuk pemeriksaan apabila pemandunya memecut pergi dan melarikan diri.

    Kereta itu kemudian terbabas dan jatuh ke dalam Sungai Vjosa, kata polis.

    Tambahnya lagi, penumpang dalam kenderaan itu baru sahaja menyeberangi sempadan antara Greece dan Albania.

    Albania terletak di sepanjang laluan dipanggil Balkan yang digunakan oleh ratusan ribu orang yang melarikan diri daripada konflik dan kemiskinan di Afrika, Asia dan Timur Tengah dengan harapan tiba di Kesatuan Eropah.

    Hampir 100,000 pendatang menggunakan laluan tersebut antara Januari dan Oktober 2023, menurut agensi sempadan Eropah, Frontex. – AFP

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...