Friday, January 24, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kemalangan kereta ragut dua nyawa

    NAIROBI, 12 DIS – Dua pelancong Poland maut manakala dua lagi termasuk seorang pemandu pelancong Kenya cedera parah selepas kenderaan mereka terbabit dalam perlanggaran di lebuh raya Nairobi-Mombasa, kata polis di Kenya hari ini.

    Kelima-lima mereka berada dalam sebuah van dalam perjalanan dari bandar pesisir Mombasa ke ibu negara, Nairobi kelmarin apabila sebuah trak melanggar kenderaan mereka.

    Polis masih menyiasat punca kemalangan dan pemandu lori yang melarikan diri dan bersembunyi dari tempat kejadian.

    “Siasatan telah dilancar untuk mengenal pasti punca kemalangan itu,” kata jurucakap polis, Resila Onyango.

    Lebuh raya Nairobi-Mombasa adalah salah satu jalan utama yang paling berbahaya di negara itu.

    Polis Selasa lalu mendedahkan bahawa jumlah nahas semakin meningkat dengan 4,282 orang terbunuh antara Januari dan November tahun ini. – AP

    Gambar Pexels
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda