Tuesday, September 24, 2024
28.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kemalangan lebuh raya di Indonesia ragut enam nyawa

    JAKARTA, 23 SEPT – Enam orang terbunuh manakala empat lagi cedera dalam kemalangan kenderaan di sebatang lebuh raya di wilayah Jawa Tengah, Indonesia awal pagi hari ini.

    Kemalangan itu berlaku di daerah Pati di wilayah tersebut pada kira-kira jam 2 pagi waktu tempatan, membabitkan sebuah bas penumpang dan dua lori treler, menurut laporan awal oleh Polis Trafik Pati.

    Ketua Polis Trafik Pati, Asfauri memberitahu media tempatan bahawa bas tersebut membawa 28 orang ketika kemalangan itu berlaku.

    Empat penumpang dan pemandu bas terbunuh. Seorang lagi yang meninggal dunia adalah pemandu lori. Mangsa yang terkorban dan cedera telah dibawa ke hospital berdekatan, dan punca kemalangan masih dalam siasatan, katanya.

    Kemalangan jalan raya yang membawa maut adalah perkara biasa di negara Asia Tenggara itu disebabkan oleh muatan berlebihan, keadaan jalan raya yang teruk dan pemandu yang cuai. – Xinhua

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda