Ahad, 23 November 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kemalangan lombong arang batu ragut empat nyawa

    HANOI, 3 APRIL – Kemalangan di sebuah lombong arang batu di Vietnam meragut nyawa empat pekerja akibat terhidu gas beracun susulan kebakaran dalam satu syaf arang batu di utara Vietnam, menurut laporan media.

    Kejadian itu berlaku kerana letupan yang disebabkan oleh kebakaran metanol dalam salah satu lubang lombong yang diusahakan oleh syarikat Thong Nhat Coal, di wilayah Quang Ninh, kata akhbar polis, Cong An Nhan Dan.

    Empat pekerja lemas terhidu gas berbahaya yang dilepaskan selepas insiden pada awal pagi hari ini, dengan tambahan tujuh pekerja lain mengalami kecederaan, menurut laporan tersebut.

    Mayat-mayat mangsa telah ditemui, dengan pihak berkuasa tempatan berjanji untuk memberikan sokongan kewangan kepada keluarga mangsa.

    Pekerja yang cedera kini sedang dirawat di hospital berhampiran, walaupun butiran lanjut tidak diberikan. Laporan lanjut dari Cong An Nhan Dan menambah bahawa kebakaran berjaya dikawal.

    Kemalangan perlombongan yang membawa maut bukanlah sesuatu yang jarang berlaku kerana Vietnam masih bergantung pada loji kuasa arang batu. – AFP

    Seorang pelombong sedang dirawat setelah cedera daripada letupan metanol di daerah Quang kelmarin yang turut meragut empat nyawa pelombong setelah terhidu gas beracun.- AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda