Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Kemampuan De Paula masih dipertikai

    KUALA LUMPUR, 5 JUN – Kemampuan pemain naturalisasi Malaysia, Guilherme De Paula sebagai penggempur utama skuad Harimau Malaya masih boleh dipertikaikan susulan prestasi yang tidak memberangsangkan dalam dua siri perlawanan persahabatan baru-baru ini.

    Legenda bola sepak Malaysia, Khalid Ali berkata sebagai penyerang, pemain kelahiran Brazil itu wajar memahami peranannya dan tidak hanya terlalu bergantung kepada kelebihan fizikal yang dimiliki semata-mata.

    Justeru itu, beliau mempertikaikan peranan yang boleh dimainkan De Paula berikutan beliau masih diberikan kepercayaan oleh ketua jurulatih, Kim Pan Gon dalam senarai 23 pemain untuk membawa cabaran negara pada tiga perlawanan Kumpulan E, pusingan akhir kelayakan Piala Asia 2023, minggu hadapan.

    “Dia tidak tahu fungsinya sebagai penyerang utama, menerima hantaran dan melakukan jaringan, mungkin disebabkan itu permainannya kucar-kacir serta tidak bagus mengawal bola dan menembus benteng pertahanan.

    Khalid Ali juga berpendapat pemain seperti Safiq Rahim atau Muhammad Safawi Rasid dilihat mampu menggalas tugas sebagai penyerang sekiranya De Paula masih kekal dengan prestasi yang sama.

    Mengakui masih terdapat kurangnya persefahaman antara pemain ketika aksi menentang Brunei Darussalam dan Hong Kong pada perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1, baru-baru ini, Khalid berkata masih banyak yang perlu dilakukan oleh Kim terutamanya di bahagian pertahanan dalam memastikan skuad Malaysia dapat beraksi dengan baik dalam aksi kelayakan itu. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...