Kemarau cetus ribut pasir di Brazil

SAO PAULO, 8 OKT – Ribut pasir yang luar biasa telah mengakibatkan enam kematian di Sao Paulo beberapa minggu yang lalu, menurut media tempatan, ketika tenggara Brazil tenggara menghadapi musim kemarau yang teruk.

Awan debu besar yang berwarna oren bergemuruh di luar bandar – dengan kelajuan angin 100 kilometer sejam – dapat disaksikan sekurang-kurangnya tiga kali sejak akhir September, menakutkan penduduk di kawasan bandar dan luar bandar Sao Paulo dan Minas Gerais.

Enam mangsa tersebut di Sao Paulo merupakan mangsa akibat pokok tumbang dan rumah serta akibat lain daripada ribut tersebut, lapor media tempatan.

“ini merupakan kejadian biasa, tetapi tidak sebesar yang kita lihat pada tahun 2021,” kata ahli meteorologi, Estael Sias dari saluran cuaca Brazil Metsul kepada AFP mengenai ribut tersebut.

Selepas musim kering, hujan akan tiba dan diikuti dengan ribut angin.

“Pada abad ini, setiap tahun mempunyai rekod suhu. Terdapat lebih banyak udara panas di atmosfera, yang mana berubah menjadi tenaga untuk cuaca yang melampau: hujan, ribut, banjir, tetapi juga kemarau, sejuk dan panas dan juga ribut pasir,” kata Sias.

Ribut seperti itu, yang biasa berlaku di wilayah gurun, boleh mencapai ribuan meter ke langit hingga 160 kilometer lebar dan bertahan selama beberapa jam, menurut Sias.

Tambahan lagi menghadapi kemarau yang melampau, wilayah pertanian juga mempunyai kawasan terbuka yang besar yang tidak ditumbuhi oleh tumbuh-tumbuhan, yang juga membuat tanah terdedah kepada tanah yang terperangkap dalam angin kencang tersebut. – AFP