Friday, May 3, 2024
29.8 C
Brunei

    -

    Kemarau di Horn of Africa, 22 juta kebuluran

    K’ELAFO, ETHIOPIA, 30 JAN – Dari selatan Ethiopia ke utara Kenya dan Somalia, kira-kira 22 juta orang berisiko kelaparan kerana kemarau terburuk dalam empat dekad melanda ‘Horn of Africa’.

    Di kawasan yang terjejas, penduduk yang mencari nafkah terutamanya melalui penggembalaan dan pertanian sedang mengalami musim hujan yang sedikit kali kelima berturut-turut sejak akhir 2020.

    Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengatakan 12 juta orang di Ethiopia, 5.6 juta di Somalia dan 4.3 juta di Kenya ‘tidak cukup makanan’.

    Jumlah keseluruhan me-ningkat hampir dua kali ganda daripada 13 juta pada awal 2022, menurut Program Makanan Sedunia PBB dalam laporan 23 Januari. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Lebih 57,000 ayam ditakai di Jepun akibat wabak selesema burung

    TOKYO, 2 MEI - Lebih daripada 57,000 ayam ditakai di Wilayah Chiba Jepun berikutan penularan virus avian influenza, yang merupakan wabak ke-11 musim ini,...